* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 28 Mei 2012

PERMOHONAN GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAGI PROGAM SEKOLAH DALAM HOSPITAL

Reactions:  

PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP)DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan diperluaskan di hospital-hospital berikut :
i. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
ii. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
iii. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
iiii. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

3. Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG 41, DG44 KUP, DG48 KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk mengisi jawatan di Sekolah Dalam Hospital berkenaan.

4. Mereka yang berminat mengajar dan bertugas di SDH dan memenuhi syarat seperti di Lampiran B, bolehlah mengemukakanpermohonan mengunakan borang seperti Lampiran C.

5. Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2012. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emailupkjohor@yahoo.com atau faksimili 07-2347127. Sila nyatakan email semasa membuat permohonan.

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Ab Rahman di Talian 019-7551020 atau 07-2310004.
Sekian, terima kasih

Jumaat, 25 Mei 2012

Selamat disemadikan jam 7.35 pagi

Reactions:  
7.15 pagi, Si Comel dijumpai mati...
kesan najis dan cecair yang keluar drpd  dubur serta mulut menggambarkan keperitan
yang ditanggung semasa nyawa ditarik keluar..

Si Ibu hanya mampu memerhati jasad si anak drpd jauh..


En. Aswad selesai mengkebumikan si comel..

Bagi melayari sistem, sila klik di sini.
Slide Surat Pelaksanaan NP PPP

Selamat Datang Guru-Guru Baru PPPS Sekolah Menengah

Reactions:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada rakan-rakan guru PPPS yang baru mendaftar diri pada hari ini.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa seramai 25 orang guru baru telah ditempatkan ke sekolah-sekolah menengah daerah Mersing berkuat kuasa pada 23 Mei 2012..

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.

Wassalam.

Lampiran : Senarai Penempatan






Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Tahun 2012

Reactions:  


Selasa, 22 Mei 2012

Taklimat Pengurusan Guru Cemerlang Daerah Mersing

Reactions:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, PPD Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PKG Bandar Mersing

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberi kebenaran guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.

Wassalam..

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Sabtu, 19 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor

Reactions:  

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012

Reactions:  

Program Menggilap Permata dan Halus Permata berjalan ikut jadual

Reactions:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan kerjasama dan komitmen rakan-rakan guru, juga semua pihak yang diamanahkan, program tersebut terus berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Program Menggilap Permata 4 SK disasarkan kepada 320 calon-calon cemerlang UPSR 2012.
Program tersebut dilaksanakan secara berpusat mengikut zon.

Manakala Program Halus Permata Mersing disasarkan kepada calon-calon pertengahan dan halus. Program berkenaan dijalankan secara berasaskan sekolah, serentak dengan Program Menggilap Permata atau mengikut budi bicara pihak sekolah.

Bagi SJK, program tersebut dijalankan di sekolah masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Hari ini - 19 Mei 2012 (Sabtu). PMP4 diteruskan seperti berikut :

Zon Bandar : di SK Sawah Dato dan SK Bandar Mersing
Zon Endau : di SK Bandra Endau dan SK Teluk Lipat
Zon Tenggaroh : di SK Tenggaroh 01 dan 02.
Zon Nitar : di SK Nitar 01.

Mata Pelajaran Hari Ini : Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pihak agar memberikan kerjasama yang seikhlas mungkin bagi menjayakan program ini.. mulakanlah dengan hati yang ikhlas dan setulusnya bagai masa depan anak-anak permata kita.

Sekian ..Wassalam  BIAR KECIL TAPI UNGGUL, DARIPADA BESAR TAPI MACAM TUNGGUL.

Lampiran :

Peringatan : Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4 Tahun 2012

Agihan Peserta Mengikut Sekolah
Jadual Asas PMP4 
Perincian Jadual PMP4  
Surat Pemakluman Sekolah.pdf
Lantikan Fasi dan Guru Pembimbing.pdf 
Lantikan Peg.Berkereta.pdf
Arahan Pemantauan.pdf 
Lantikan Penyelaras dan Pengelola.pdf
Surat Pemantauan Peg.pdf

Jumaat, 18 Mei 2012

Modul BI Program Menggilap Permata 2012

Reactions:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah... berikut dilampirkan Modul Bahasa Inggeris untk Program Menggilap Permata Mersing Tahun 2012.
Kami memohon maaf kerana kesilapan teknikla yang berlaku pada kandungan CD Modul yang telah dibekalkan sebelum ini.
Wassalam

Lampiran :

Modul 1
Modul 2
Modul 3
Khamis, 17 Mei 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT 2012 SECARA ONLINE

Reactions:  
Assalamualaikum dan Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan kenaikan pangkat PPPS dan PPPLD boleh disemak secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik di sini. Tahniah kepada yang berjaya.

Sekian untuk makluman tuan/puan,

Terima kasih.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah berkaitan.

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012


Borang-borang permohonan hendaklah dihantar ke PPD Mersing pada atau sebelum 23 Mei 2012 kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mei 2012. (Untuk dikumpul dan dihantar ke JNJK Johor)


Lampiran :  
permohonan_GC.zip
Iklan Guru Cemerlang 2012
Lampiran A1 Syarat2 Khusus Permohonan Guru Cemerlang PPPLD
Lampiran A2 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS SR
Lampiran A3 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS
Lampiran A4 Syarat Khusus GC PPPS ExPPPLD
Lampiran A5 Syarat2 Khusus Permohonan PC IPG
Lampiran B1 Borang Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2012
Lampiran B2 Borang Permohonan Pensyarah Cemerlang IPG Tahun 2012
Lampiran C Kenyataan Ketua Jabatan Tahun 2012
Lampiran D Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Tahun 2012
Lampiran E Senarai Alamat JNJK Tahun 2012
Lampiran T1 Tapisan Keutuhan Tahun 2012
Rabu, 16 Mei 2012

Laporan Sekitar Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012

Reactions:  
Selasa, 15 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Serentak di Semua Sekolah

Reactions:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 telah memutuskan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah hendaklah diadakan secara serentak dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2012.

Pihak sekolah juga diminta menyaksikan Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 secara langsung di TV1 RTM dan EduWebTV atau Nasional FM, Klasik FM, Traxx FM, AiFM serta Minnal FM mulai jam 11.00 pagi pada 16 Mei 2012.

Sekian untuk makluman tindakan pihak sekolah .
Wassalam.

Lampiran : Samburan Hari_Guru_Peringkat Sekolah 2012.pdf

Selamat Menyambut Hari Guru 2012

Reactions:  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2012 kepada semua warga pendidik. Tema sambutan pada tahun ini adalah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara..
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan seluruh warga pendidikan walau dimana peringkat mereka berada.

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

 
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. 
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

IKRAR

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU HARI GURU


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kit...
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua...

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta...


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan...

TEMA

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Lampiran :


Ahad, 13 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012

Reactions:  

DYMM Sultan Ibrahim ibnu Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.



Lampiran : KMJ_2012.pdf
Jumaat, 11 Mei 2012

Peringatan : Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4 Tahun 2012

Reactions:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan dan taklimat sebelum ini adalah berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama erat JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing akan meneruskan Program Menggilap Permata Mersing untuk tahun ke 4 pada tahun ini.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut sama menjayakan program berkenaan sebelum ini.

Program terhampir adalah pada 12 Mei 2012 (Sabtu). Sehubungan itu, mohon jasa baik Pengerusi Zon agar dapat bertindak sebagai penyelaras program bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang telah diamanahkan sebagai pengelola program berkenaan seperti ketetapan jadual yang telah dilampirkan.

GPK 1 adalah diberi peranan sebagai pemantau program tersebut. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama GPK1 agar dapat memantau program tersebut sebagaimana jadual yang dilampirkan.

Wassalam.

SILA RUJUK LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :
Agihan Peserta Mengikut Sekolah
Jadual Asas PMP4
Perincian Jadual PMP4 
Surat Pemakluman Sekolah.pdf
Lantikan Fasi dan Guru Pembimbing.pdf
Lantikan Peg.Berkereta.pdf
Arahan Pemantauan.pdf
Lantikan Penyelaras dan Pengelola.pdf
Surat Pemantauan Peg.pdf
Khamis, 10 Mei 2012

Sekolah dan PPD Diberi Lebih Kuasa Autonomi

Reactions:  
Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkemungkinan diberi lebih banyak kuasa autonomi bagi membolehkan usaha meningkatkan akedemik yang lebih tepat dilakukan bersesuaian mengikut sekolah masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini merupakan antara langkah kementerian itu untuk menjadikan hala tuju pendidikan di negara ini lebih mantap setanding dengan negara maju.
 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata autonomi peringkat sekolah dan daerah dinyatakan buat kali pertama bukanlah kerana Kementerian Pelajaran mahu melepaskan tanggungjawab, sebaliknya menyedari wujudnya keadaan yang berbeza antara satu daerah dan daerah lain. Perbezaan itu, katanya bukan sahaja dari segi keluasan kawasan dan saiz tetapi juga isu serta masalah disebabkan eko-sistem yang tidak serupa.
 

"Jadi ia perlukan satu pendekatan dan cara untuk tangani untuk menentukan sekolah di kawasan itu dapat mencapai tahap kecemerlangan yang kita hendak miliki," katanya ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra Warga Pendidik dan Perasmian Bangunan PPD Muar di sini.
 

Muhyiddin berkata dengan langkah itu, PPD boleh bertanggungjawab dan mengambil langkah penambaikan secepat mungkin sekiranya timbul sebarang masalah di sekolah itu.
 

Malah, katanya bagi keadaan di sesetengah negeri seperti Sabah dan Sarawak, PPD akan menjadi organisasi yang lebih penting untuk menentukan apa sahaja dasar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
 

Katanya jika perkara itu dapat dilaksanakan, maka keadaan di sekolah sama ada dari segi pentadbiran mahupun akedemik akan bertambah baik.
 

-- BERNAMA

Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Yang Tidak Hadir Bertugas

Reactions:  

Ketua jabatan dan penyelia hendaklah mengambil tindakan tatatertib dengan kadar segera terhadap penjawat awam yang didapati bersalah dalam kes ketidakhadiran bertugas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JPA tidak akan bertoleransi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes sedemikian kerana ia boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Katanya ketua jabatan dan penyelia boleh mengambil tindakan dengan merujuk Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas, Buku Kerusi Bersawang dan Setitik Nila yang boleh diperoleh melalui portal rasmi JPA.

"Secara umum, purata penjawat awam yang terlibat dalam kes ketidakhadiran bertugas bagi tempoh 2006 hingga 2010, adalah sebanyak 0.08 peratus berbanding 1.4 juta penjawat awam.

Kenyataan itu turut menyebut JPA telah mengadakan pelbagai seminar, kolokium, sesi dialog, kursus dan taklimat bagi mewujudkan penglibatan ketua-ketua jabatan di peringkat agensi bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ketidakhadiran bertugas di kalangan penjawat awam.

-- BERNAMA

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas. KLIK